Menteri Besar Perak Wan_Mohamed_bin_Wan_Teh

Setelah Ghazali Jawi 'disingkirkan' oleh Sultan Perak, pucuk pimpinan parti UMNO, maka Wan Mohamed telah dilantik oleh Sultan Perak untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Sekali gus krisis antara UMNO Negeri itu dengan Sultan Idris Shah telah reda. Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNOBN dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris enggan hadir dalam majlis yang dihadiri Menteri Besar [2]. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir. Perlantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1981 telah membawa perubahan kepada kekuasaan Sultan menerusi perubahan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993.

Tugas pertama Wan Mohamed mulai 1983 ialah memulihkan semula hubungan antara UMNO dengan institusi Istana Perak, kerana kalau tidak dipulihkan, banyak masalah tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa perkara menurut Perlembagaan Negeri, Sultan mempunyai kuasa, seperti hal ehwal agama Islam dan tanah kerajaan negeri.[3]

Pada mulanya, Sultan Idris melihat beliau sebagai seorang Ketua Eksekutif yang boleh dibawa berunding.Tetapi setelah masuk pada tahun seterusnya sehingga tahun 1982 telah berlaku pula krisis antara Sultan dengannya. Beliau tidak berunding atau tidak meminta fikiran Sultan Idris Shah terlebih dahulu.

Antaranya, Menteri Besar telah mempertikaikan keputusan Sultan Idris Shah melantik seorang ulama tokoh PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh dari pondok Padang Rengas menduduki kerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.

Amalan tidak saksama dalam pembahagian kawasan tanah komersial kepada syarikat-syarikat milik orang Melayu dan bukan Melayu.[perlu rujukan]

Pengagihan kawasan kayu balak diamalkan secara tidak saksama, ada syarikat yang mendapat dua tiga kawasan kayu balak dan banyak pula yang hampa kerana tidak mendapatnya, walaupun satu kawasan.[perlu rujukan]

Beberapa orang dari Orang-Orang Besar Negeri Perak mempengaruhi Sultan Idris Shah, iaitu semenjak Menteri Besar Pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, semua Menteri Besar dari keturunan orang Melayu Pattani. Ghazali Jawi, Ahmad bin Said, Haji Kamaruddin Haji Mat Isa dan Wan Mohammed bin Haji Wan Teh adalah keturunan orang Pattani.[4] Sultan Perak telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Musa Hitam. Tidak lama kemudian Wan Mohamed terpaksa meninggalkan kerusi Menteri Besar Perak.

Pada 20 Oktober 1982, Wan Mohamed uzur, Ramli Ngah Talib dilantik menjadi Pemangku Menteri Besar. Pada 1 Mac 1983 beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke-7 . [5] Wan Mohamed pernah jatuh pengsan ketika memberikan ucapan dalam satu persidangan di Ipoh.

Antara anak didik beliau ialah Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang kini menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah. Raja Ahmad Zainuddin merupakan penulis dan menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Ketika itu Tan Sri Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Setiausaha Politik.